Isnin, 7 Ogos 2017

PENGENALAN DIRI





AMIRUL HANAFI BIN ABU HANIFAH

NO. MATRIK : 248891





LATAR BELAKANG FUTSAL

Futsal dipopularkan di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930 an oleh Juan Carlos Ceriani. Keunikan futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutamanya di Brazil.

keunikan yang ada pada permainan ini dapat dilihat dengan gaya pemain terkenal dunia dengan kemahiran yang menarik seperti Kak, Ronaldinho, Robinho dan ramai lagi. Brazil terus menjadi pusat futsal dunia, permainan ini sekarang dimainkan di bawah perlindungan FederationInternational de Football Association di selirih dunia, dari Eropah hinggan Amerika Tengah dan amerika Utara serta Afrika, Asia dan Oceania.

Sukan FUTSAL adalah permainan yang merupakan pecahan daripada sukan bola sepak. ianya mula dimainkan tanpa format pada penghujung 1980-an di Brazil. Banadaray Rio De Janeiro merupakan Ibukota Brazil dan masyarakat di kota tersebut bermain bola sepak dimana-mana sahaja tempat sesuai seperti di sepanjang pantai Brazil yang kebiasaannya mereka bermain di padang yang terbuka sehinggalah padang permainan semakin berkurangan atas sebab pembangunan.

Lantas, beberapa anak muda mendapati dewan-dewan tertutup jarang digunakan dan memberikan peluang untuk mereka bermain bola sepak di dalam dewan tersebut. Secara tidak langsung ia menjadi ikutan di beberapa tempat lain di Brazil sehingga mereka mula mengadakan perlawanan secara persahabatan dan pertandingan. Semenjak itulah mereka memajukan permainan ini dengan peraturan dan cara yang agak berbeza sedikit berbanding dengan bola sepak di padang. Akhirnya mereka menggelar permainan itu dengan panggilan "FUTSAL" yang bermaksud fut=futbol (bolasepak dalam bahasa Brazil) sal=sallon (dewan tertutup dalam bahasa Brazil).

pertandingan peringkat antarabangsa pertama diadakan pada tahun 1965, Paraguay menjuarai piala Amerika Selatan pertama. Enam perebutan Piala Amerika Selatan berikutnya diselenggarakan hingga tahun 1979 dan semua gelaran juara dimenangi Brazil. Brazil meneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama pada tahun 1980 dan berikutnya pada tahun 1984.

Penubuhan unit futsal bermula di Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada tahun 2000 yang diketuai oleh Encik Jey Singh Mutthiah dengan jurulatih pertama skuad Futsal Malaysia ialah Encik Bhawandi Hiralal.

Permainan ini mula diminati terutamanya di Lembah Klang pada tahun 2001 apabila Sport Planet mula beroperasi di Sunway dan Shah Alam. Kemudian, permian ini terus berkembang dengan pesat di negeri-ner=geri lain sehingga kini selari dengan perkembangan "Street Soccer". Dengan adanya pusat-pusat permainan futsal ini di beberapa lokasi strategik menjadikan sukan ini semakin popular terutama dikalangan remaja dan belia. Justeru, ramai pengajur kejihanan mengambil kesempatan mengadakan pertandingan baik secara tertutup mahupun terbuka.

Perkembangan ini semakin melauas dengan penubuhan unit atau jawawtankuasa Futsal Persatuan Bola Sepak Negeri. Pihak Kementerian Belia dan Sukan turut membantu perkembangan ini dengan membina gelanggang futsal di seluruh negeri mulai tahun 2010.

ASAS SUKAN FUTSAL

Padang Permainan

Panjang:
Minimum 25m
Maksimum 42m

Lebar:
Minimum 15m
Maksimum 25m



Bola

Bentuk : Sfera
Bahan : Kulit
Lilitan : 62-64cm
Berat :400 - 440g pada permulaan permainan
Tekanan agin :0.4 - 0.5 atmosfera

Bilangan Pemain

Setiap pasukan tidak boleh melebihi LIMA (5) pemain. Seorang daripadanya mesti menjadi penjaga gol. penggantian tidak lebih 7 orang. Tiada had penggantian dan penggantian mesti melalui zinnya. pemain diganti mesti keluar sebelum pengganti boleh masuk ke gelanggang. Jika kesalahan berlaku pemain berkenaan diberi kad kuning. Jika pasuka mempunyai kurang dari 3 pemain, permainan ditangguhkan.

Alatan Pemain

Peralatan asas yang diwajibkan ialah:
  • jersi atau baju
  • seluar pendek - jika seluar dalam "thermal" digunakan, warnanya hendaklah sama dengan warna utama seluar pendek
  • stokin
  • shinguard
  • alas kaki - hanya alas kaki yang diperbuat daripada 'canvas' atau kasut latihan dari kulit yang lembut atau kasut jimnastik yang bertapak getah atau bahan-bahan yang sama dibenarkan. Pemakaian alas kaki adalah diwajibkan.
Pengadil

Setiap perlawanan dikawal seorang pengadil yang mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang permainan berkaitan dengan perlawanan yang dia ditugaskan itu, dari mula dia masuk ke persekitaran di mana gelanggang itu ditetapkan sehingga dia keluar.

Pengadil kedua

Seorang pengadil kedua hendaklah dilantik untuk bertugas di sebelah gelanggan yang bertentangan dengan Pengadil. dia dibenarkan untuk menggunakan wisel. Pengadil kedua membantu pengadil untuk mengawal perlawanan mengikut undang-undang permainan.

Penjaga masa dan Pengadil ketiga

Seorang penjaga masa dan pengadil ketiga hendaklah dilantik. mereka ditempatkan di Luar gelanggan permaian pada pertengahan garisan tepi di sebelahan yang sama dengan zon penggantian. penjaga masa dan pengadil ketiga itu dilengkapkan dengan jam (randik) yang sesuai dan peralatan yang perlu untuk menunjukkan kesalahan-kesalahan terkumpul yang dibekalkan oleh persatuan atau kelab di mana gelanggan itu dimainkan.

Jangkamasa Permainan

Dua separuh masa sleama 20 mini dan masa rehat tidak melebihi 15 minit. Masa dijaga oleh penjaga masa danmasa boleh dilanjutkan. Masa 'time out' adalah 1 minit setiap separuh masa. 'Time out' dibenarkan apabila pasukan mempunyai hak bola dan pemain berada di dalam gelanggang.

Permulaan dan memulakan semula permainan

Pilihan tempat sepak mula hendaklah ditentukan dengan lentingan syiling. Pasukan yang menang lentingan berhak membuat pilihan tempat untuk diserang pasukannya. pasukan lawan akan memilih sepak mula perlawanan. Pasukan yang menang lentingan syiling membuat sepak mula pasa separuh masa kedua perlawanan. Dalam separuh masa kedua, kedua-dua pasukan bertukar tempat menyerang gol yang bertentangan.

Cara menentukan jaringan

Kecuali terdapat peruntukan lain di dalam undang-undang ini, gol dijaringkan apabila keseluruhan bola telah melintasi garisan gol, diantara kedua-dua tiang gol dan dibawah palang gol kecuali bola itu telah dilontar dibawa atau sengaja dikuis dengan tangan atau lengan oelh seorang pemain pasukan menyerang termasuk penjaga gol.

KESALAHAN-KESALAHAN DAN KELAKUAN

Sepakan Percuma
Sepakan percuma adalah sama ada terus atau tidak terus. Untuk kedua-dua sepakan itu bola hendaklah tidak bergerak semasa sepakan percuma dibuat, dan penyepak tidak boleh memainkan bola itu kali kedua sehingga bola disentuh atau dimainkan oleh pemain lain.

Sepakan Percuma Terus 
Jika dari suatu sepakan percuma terus, bola disepak terus ke dalam gol pasukan lawan, gol dikira

Sepakan Percuma Tidak Terus 
Suatu gol boleh dijaringkan hanya apabila bola itu telah dimainkan atau disentuh oleh seorang pemain lain sebelum bola masuk ke dalam gol

Kedudukan Sepakan Percuma 
Untuk lima kesalahan terkumpul yang pertama yang dicatatkan oleh mana- mana pasukan di dalam setiap separuh masa: Pemain pasukan lawan boleh membentuk benteng untuk mempertahankan sepakan percuma itu. Semua pemain lawan berada sekurang-kurangnya lima meter dari bola sehingga ia di dalam permainan. Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan ini.

Bermula dengan kesalahan terkumpul yang ke-6 yang dicatatkan oleh mana- mana pasukan di dalam setiap separuh masa:

  • Pemain pasukan lawan tidak boleh membentuk benteng untuk mempertahankan sepakan percuma itu. 
  • Pemain yang membuat sepakan hendaklah dikenal pasti. 
  • Penjaga gol mesti berada di dalam kawasan penaltinya dan sekurang- kurangnya lima meter dari bola. 
  • Semua pemain lawan di dalam gelanggang hendaklah berada di belakang garisan bayangan yang selari dengan garisan gol, dan di luar kawasan penalti.

Mereka mestilah berada lima meter dari bola dan tidak boleh menghalang pemain yang membuat sepakan itu. Tiada pemain dibenarkan melepasi garisan bayangan itu sehingga bola berada di dalam permainan.

Sepak Penalti
Satu sepakan penalti diberi terhadap sesuatu pasukan yang melakukan mana-mana kesalahan di dalam kawasan penaltinya yang dihukumkan dengan satu sepakan percuma terus, semasa bola di dalam permainan. Gol boleh dijaringkan terus dari satu sepakan penalti. Masa hendaklah dilanjutkan untuk suatu sepakan penalti dibuat pada penghujung masa setiap separuh masa atau pada penghujung setiap separuh masa tambahan.

Sepakan ke dalam
Sepakan ke dalam adalah suatu tatacara untuk memulakan semula permainan. Gol tidak boleh dijaringkan terus dari sepakan ke dalam. Sepakan ke dalam diberi:

  • Apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi, sama ada di tanah atau di udara, atau terkena siling • dari tempat di mana bola melintasi garisan tepi 
  • kepada lawan pemain yang akhir sekali menyentuh bola itu


Sepakan penjuru 
Sepakan penjuru ialah satu cara untuk memulakan semula permainan. Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan penjuru, tetapi hanya terhadap pasukan lawan.

Sepakan penjuru diberi apabila:

  • keseluruhan bola melintasi garisan gol, akhir sekali disentuh oleh pemain bertahan sama ada di tanah atau di udara dan satu gol tidak dijaringkan menurut Undang-undang 11. 



AKTIVITI MEMANASKAN BADAN


Tujuan aktiviti memanaskan badan adalah:

  • meningkatkan suhu badan (faktor utama untuk meningkatkan prestasi)
  • meransang aktiviti sistem saraf pusat (meningkatkan fungsi transmisi saraf - kontraksi otot menjadi lebih efisyen)
  • mengurangkan masa reaksi 
  • meningkatkan koordinasi
  • mengurangkan risiko kecederaan
  • meningkatkan tahap motivasi dan persediaan psikologi




























KEMAHIRAN MENGHANTAR BOLA




  • Mengguna bahagian dalam kaki 




  • Mengguna bahagian luar kaki 


  • Mengguna Bahagian tapak kaki 



  • Mengguna bahagian hujung kaki 


  • Mengguna kekura kaki 

KEMAHIRAN MENGGELECEK BOLA



  • Menggelecek mengguna bahagian dalam kaki 







  • Menggelecek mengguna bahagian luar kaki 




  • Menggelecek mengguna bahagian tapak kaki 


  • Menggelecek mengguna bahagian kekura kaki 

KEMAHIRAN MENERIMA BOLA

Kemahiran menerima bola daripada pemain sepasukan juga penting sebelum bola itu dijaringkan. Berikut adalah beberapa contoh kemahiran menerima bola :


  • Menerima bola mengguna bahagian dalam kaki 




  • Menerima bola mengguna bahagian luar kaki 


  • Menerima bola mengguna tapak kaki 








KEMAHIRAN MENJARING GOL

Terdapat beberapa kemahiran menjaringkan gol berikut adalah kemahiran yang boleh dipraktikkan :


  • Menjaring gol mengguna bahagian dalam kaki 




  • Menjaring gol mengguna bahagian luar kaki 














  • Menjaring gol mengguna bahagian kekura kaki 





VIDEO