Isnin, 7 Ogos 2017

LATAR BELAKANG FUTSAL

Futsal dipopularkan di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930 an oleh Juan Carlos Ceriani. Keunikan futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutamanya di Brazil.

keunikan yang ada pada permainan ini dapat dilihat dengan gaya pemain terkenal dunia dengan kemahiran yang menarik seperti Kak, Ronaldinho, Robinho dan ramai lagi. Brazil terus menjadi pusat futsal dunia, permainan ini sekarang dimainkan di bawah perlindungan FederationInternational de Football Association di selirih dunia, dari Eropah hinggan Amerika Tengah dan amerika Utara serta Afrika, Asia dan Oceania.

Sukan FUTSAL adalah permainan yang merupakan pecahan daripada sukan bola sepak. ianya mula dimainkan tanpa format pada penghujung 1980-an di Brazil. Banadaray Rio De Janeiro merupakan Ibukota Brazil dan masyarakat di kota tersebut bermain bola sepak dimana-mana sahaja tempat sesuai seperti di sepanjang pantai Brazil yang kebiasaannya mereka bermain di padang yang terbuka sehinggalah padang permainan semakin berkurangan atas sebab pembangunan.

Lantas, beberapa anak muda mendapati dewan-dewan tertutup jarang digunakan dan memberikan peluang untuk mereka bermain bola sepak di dalam dewan tersebut. Secara tidak langsung ia menjadi ikutan di beberapa tempat lain di Brazil sehingga mereka mula mengadakan perlawanan secara persahabatan dan pertandingan. Semenjak itulah mereka memajukan permainan ini dengan peraturan dan cara yang agak berbeza sedikit berbanding dengan bola sepak di padang. Akhirnya mereka menggelar permainan itu dengan panggilan "FUTSAL" yang bermaksud fut=futbol (bolasepak dalam bahasa Brazil) sal=sallon (dewan tertutup dalam bahasa Brazil).

pertandingan peringkat antarabangsa pertama diadakan pada tahun 1965, Paraguay menjuarai piala Amerika Selatan pertama. Enam perebutan Piala Amerika Selatan berikutnya diselenggarakan hingga tahun 1979 dan semua gelaran juara dimenangi Brazil. Brazil meneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama pada tahun 1980 dan berikutnya pada tahun 1984.

Penubuhan unit futsal bermula di Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada tahun 2000 yang diketuai oleh Encik Jey Singh Mutthiah dengan jurulatih pertama skuad Futsal Malaysia ialah Encik Bhawandi Hiralal.

Permainan ini mula diminati terutamanya di Lembah Klang pada tahun 2001 apabila Sport Planet mula beroperasi di Sunway dan Shah Alam. Kemudian, permian ini terus berkembang dengan pesat di negeri-ner=geri lain sehingga kini selari dengan perkembangan "Street Soccer". Dengan adanya pusat-pusat permainan futsal ini di beberapa lokasi strategik menjadikan sukan ini semakin popular terutama dikalangan remaja dan belia. Justeru, ramai pengajur kejihanan mengambil kesempatan mengadakan pertandingan baik secara tertutup mahupun terbuka.

Perkembangan ini semakin melauas dengan penubuhan unit atau jawawtankuasa Futsal Persatuan Bola Sepak Negeri. Pihak Kementerian Belia dan Sukan turut membantu perkembangan ini dengan membina gelanggang futsal di seluruh negeri mulai tahun 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan