Isnin, 7 Ogos 2017

ASAS SUKAN FUTSAL

Padang Permainan

Panjang:
Minimum 25m
Maksimum 42m

Lebar:
Minimum 15m
Maksimum 25m



Bola

Bentuk : Sfera
Bahan : Kulit
Lilitan : 62-64cm
Berat :400 - 440g pada permulaan permainan
Tekanan agin :0.4 - 0.5 atmosfera

Bilangan Pemain

Setiap pasukan tidak boleh melebihi LIMA (5) pemain. Seorang daripadanya mesti menjadi penjaga gol. penggantian tidak lebih 7 orang. Tiada had penggantian dan penggantian mesti melalui zinnya. pemain diganti mesti keluar sebelum pengganti boleh masuk ke gelanggang. Jika kesalahan berlaku pemain berkenaan diberi kad kuning. Jika pasuka mempunyai kurang dari 3 pemain, permainan ditangguhkan.

Alatan Pemain

Peralatan asas yang diwajibkan ialah:
  • jersi atau baju
  • seluar pendek - jika seluar dalam "thermal" digunakan, warnanya hendaklah sama dengan warna utama seluar pendek
  • stokin
  • shinguard
  • alas kaki - hanya alas kaki yang diperbuat daripada 'canvas' atau kasut latihan dari kulit yang lembut atau kasut jimnastik yang bertapak getah atau bahan-bahan yang sama dibenarkan. Pemakaian alas kaki adalah diwajibkan.
Pengadil

Setiap perlawanan dikawal seorang pengadil yang mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang permainan berkaitan dengan perlawanan yang dia ditugaskan itu, dari mula dia masuk ke persekitaran di mana gelanggang itu ditetapkan sehingga dia keluar.

Pengadil kedua

Seorang pengadil kedua hendaklah dilantik untuk bertugas di sebelah gelanggan yang bertentangan dengan Pengadil. dia dibenarkan untuk menggunakan wisel. Pengadil kedua membantu pengadil untuk mengawal perlawanan mengikut undang-undang permainan.

Penjaga masa dan Pengadil ketiga

Seorang penjaga masa dan pengadil ketiga hendaklah dilantik. mereka ditempatkan di Luar gelanggan permaian pada pertengahan garisan tepi di sebelahan yang sama dengan zon penggantian. penjaga masa dan pengadil ketiga itu dilengkapkan dengan jam (randik) yang sesuai dan peralatan yang perlu untuk menunjukkan kesalahan-kesalahan terkumpul yang dibekalkan oleh persatuan atau kelab di mana gelanggan itu dimainkan.

Jangkamasa Permainan

Dua separuh masa sleama 20 mini dan masa rehat tidak melebihi 15 minit. Masa dijaga oleh penjaga masa danmasa boleh dilanjutkan. Masa 'time out' adalah 1 minit setiap separuh masa. 'Time out' dibenarkan apabila pasukan mempunyai hak bola dan pemain berada di dalam gelanggang.

Permulaan dan memulakan semula permainan

Pilihan tempat sepak mula hendaklah ditentukan dengan lentingan syiling. Pasukan yang menang lentingan berhak membuat pilihan tempat untuk diserang pasukannya. pasukan lawan akan memilih sepak mula perlawanan. Pasukan yang menang lentingan syiling membuat sepak mula pasa separuh masa kedua perlawanan. Dalam separuh masa kedua, kedua-dua pasukan bertukar tempat menyerang gol yang bertentangan.

Cara menentukan jaringan

Kecuali terdapat peruntukan lain di dalam undang-undang ini, gol dijaringkan apabila keseluruhan bola telah melintasi garisan gol, diantara kedua-dua tiang gol dan dibawah palang gol kecuali bola itu telah dilontar dibawa atau sengaja dikuis dengan tangan atau lengan oelh seorang pemain pasukan menyerang termasuk penjaga gol.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan