Sepakan percuma adalah sama ada terus atau tidak terus. Untuk kedua-dua sepakan itu bola hendaklah tidak bergerak semasa sepakan percuma dibuat, dan penyepak tidak boleh memainkan bola itu kali kedua sehingga bola disentuh atau dimainkan oleh pemain lain.
Sepakan Percuma Terus
Jika dari suatu sepakan percuma terus, bola disepak terus ke dalam gol pasukan lawan, gol dikira
Sepakan Percuma Tidak Terus
Suatu gol boleh dijaringkan hanya apabila bola itu telah dimainkan atau disentuh oleh seorang pemain lain sebelum bola masuk ke dalam gol
Kedudukan Sepakan Percuma
Untuk lima kesalahan terkumpul yang pertama yang dicatatkan oleh mana- mana pasukan di dalam setiap separuh masa: Pemain pasukan lawan boleh membentuk benteng untuk mempertahankan sepakan percuma itu. Semua pemain lawan berada sekurang-kurangnya lima meter dari bola sehingga ia di dalam permainan. Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan ini.
Bermula dengan kesalahan terkumpul yang ke-6 yang dicatatkan oleh mana- mana pasukan di dalam setiap separuh masa:
- Pemain pasukan lawan tidak boleh membentuk benteng untuk mempertahankan sepakan percuma itu.
- Pemain yang membuat sepakan hendaklah dikenal pasti.
- Penjaga gol mesti berada di dalam kawasan penaltinya dan sekurang- kurangnya lima meter dari bola.
- Semua pemain lawan di dalam gelanggang hendaklah berada di belakang garisan bayangan yang selari dengan garisan gol, dan di luar kawasan penalti.
Mereka mestilah berada lima meter dari bola dan tidak boleh menghalang pemain yang membuat sepakan itu. Tiada pemain dibenarkan melepasi garisan bayangan itu sehingga bola berada di dalam permainan.
Sepak Penalti
Satu sepakan penalti diberi terhadap sesuatu pasukan yang melakukan mana-mana kesalahan di dalam kawasan penaltinya yang dihukumkan dengan satu sepakan percuma terus, semasa bola di dalam permainan. Gol boleh dijaringkan terus dari satu sepakan penalti. Masa hendaklah dilanjutkan untuk suatu sepakan penalti dibuat pada penghujung masa setiap separuh masa atau pada penghujung setiap separuh masa tambahan.
Sepakan ke dalam
Sepakan ke dalam adalah suatu tatacara untuk memulakan semula permainan. Gol tidak boleh dijaringkan terus dari sepakan ke dalam. Sepakan ke dalam diberi:
- Apabila keseluruhan bola melintasi garisan tepi, sama ada di tanah atau di udara, atau terkena siling • dari tempat di mana bola melintasi garisan tepi
- kepada lawan pemain yang akhir sekali menyentuh bola itu
Sepakan penjuru
Sepakan penjuru ialah satu cara untuk memulakan semula permainan. Gol boleh dijaringkan terus dari sepakan penjuru, tetapi hanya terhadap pasukan lawan.
Sepakan penjuru diberi apabila:
- keseluruhan bola melintasi garisan gol, akhir sekali disentuh oleh pemain bertahan sama ada di tanah atau di udara dan satu gol tidak dijaringkan menurut Undang-undang 11.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan